Tubifast Eczema Wrap | Molnlycke Tubular Bandage 2-Way Stretch | Wet Wrap Dressing (Per Meter)
Tubifast Eczema Wrap | Molnlycke Tubular Bandage 2-Way Stretch | Wet Wrap Dressing (Per Meter)
Couldn't load pickup availability
TUBIFAST® ECZEMA WET WRAP UNTUK KANAK-KANAK
Molnlycke 2-Way Stretch Tubular Bandage
DIJUAL PER METER — 1 UNIT = 1 METER
Anak kerap menggaru kulit eczema, terutama bila kulit terlalu kering dan gatal?
Tubifast® 2-Way Stretch sesuai digunakan sebagai sebahagian daripada Wet Wrap Therapy untuk membantu mengekalkan balutan pada tempatnya, melindungi kawasan kulit yang dibalut dan mengurangkan sentuhan serta garuan secara langsung.
Reka bentuk tubular dan material yang boleh meregang menjadikannya lebih mudah dipakai pada tangan, kaki atau bahagian badan anak tanpa perlu menggunakan plaster pelekat secara terus pada kulit.
KENAPA PARENTS PILIH TUBIFAST?
✓ Sesuai untuk Wet Wrap Therapy eczema
✓ Membantu memastikan balutan wet wrap kekal pada tempatnya
✓ Membantu mengurangkan anak menggaru terus pada kawasan kulit yang dibalut
✓ Lembut dan selesa untuk dipakai
✓ 2-Way Stretch untuk pergerakan yang lebih fleksibel
✓ Tidak memerlukan plaster pelekat untuk pemakaian biasa
✓ Mudah dipotong mengikut panjang yang diperlukan
✓ Sesuai digunakan untuk rutin wet wrap di rumah
BANTU JADIKAN RUTIN WET WRAP LEBIH MUDAH
Apabila eczema menjadi kering dan gatal, anak mungkin sukar menahan diri daripada menggaru, terutama ketika berehat atau tidur.
Tubifast membantu mengekalkan lapisan wet wrap dengan lebih kemas supaya balutan tidak mudah bergerak apabila anak bergerak, bermain atau tidur.
CARA PENGGUNAAN WET WRAP SECARA UMUM
Sapukan moisturiser atau rawatan yang disarankan untuk anak.
Letakkan lapisan balutan yang dilembapkan pada kawasan terlibat.
Tutup dengan lapisan Tubifast yang kering.
Gunakan mengikut tempoh yang disarankan oleh doktor, ahli farmasi atau profesional kesihatan.
CARA ORDER
1 Unit = 1 Meter
Qty 1 = 1 meter
Qty 2 = 2 meter
Qty 3 = 3 meter
Pilih saiz Tubifast mengikut bahagian badan yang ingin dibalut.
⚠️ Nota Ukuran
Setiap unit diukur dan dipotong sepanjang 1 meter daripada gulungan asal Tubifast.
Memandangkan Tubifast diperbuat daripada bahan yang boleh meregang, potongan tersebut mungkin mengecut semula secara semula jadi dan kelihatan sedikit pendek apabila tidak diregangkan.
Ini adalah ciri biasa bahan ini dan bukan kecacatan produk.
PENTING
Tubifast ialah tubular bandage yang digunakan untuk membantu proses Wet Wrap Therapy. Ia bukan ubat dan tidak merawat atau menyembuhkan eczema.
Jika anak menggunakan krim steroid atau ubat sapuan di bawah wet wrap, gunakan mengikut arahan doktor, ahli farmasi atau profesional kesihatan.
Sesuai untuk parents yang mahu cara lebih praktikal dan kemas untuk melakukan rutin Wet Wrap Therapy anak di rumah.
Share
